Serba sedikit mengenai Program GEMS. Dibawah peruntukan pakej rangsangan ekonomi yang telah dilancarkan oleh YAB Dato' Seri Najib Tun Razak, Khazanah Nasional dengan kerjasama Irshad Consulting telah menyediakan satu program khusus untuk graduan-graduan yang belum mendapat pekerjaan dalam usaha untuk menyediakan mereka dengan kemahiran-kemahiran yang diperlukan oleh sesebuah syarikat.
Program yang dikenali sebagai GEMS, singkatan dari Graduate Employibility Management Scheme ini pada asalnya adalah dari program yang terdahulu yang dikenali sebagai GREEN anjuran IRDA, Iskandar Regional Development Authority. Di dalam program ini, para peserta akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
Kumpulan-kumpulan ini akan ditugaskan untuk mencipta atau meracang apakah jenis perniagaan yang akan mereka ceburi. Maka dengan itu tertubuhlah Daun Lebar Corp pada 6 April 2009. Daun Lebar Corp. lebih menumpukan kepada perniagaan bersifat pelancongan. Perhatian khusus di berikan kepada Homestay. Ini dapat diperhatikan dari nama syarikat itu sendiri yang bersifat kepada hijau dan cintakan kepada alam sekitar. Maka dengan itu tidak salahlah jika syarikat ini lebih tertumpu kepada Homestay untuk menjana kepada keuntungan syarikat khususnya, dan secara tidak langsung dapat berbakti kepada masyarakat dan alam sekitar.
Dengan diketuai oleh En. Fathi Kamil sebagai CEO, syarikat ini dapat menjalankan operasinya dengan cemerlang dengan dibantu oleh Cik Iza sebagai COO. Selain itu terdapat beberapa bahagian yang memainkan peranan yang sangat penting dalam melincinkan operasi syarikat ini. Bahagian CSR diketuai oleh En. Nor Halim, Bahagian Talent Management diketuai oleh En. Abdul Halim, Bahagian Food and Beverage diketuai oleh Cik Razidayana, Bahagian Finance diketuai oleh Cik Nadia, dan Bahagian Admin diketuai oleh Cik Liyana.
Daun Lebar Corp. mempunyai kakitangan seramai 30 orang termasuk CEO dan ketua-ketua bahagian. Daun Lebar Corp. banyak terlibat dengan pelbagai aktiviti yang dijalankan oleh pihak Irshad. Daun Lebar Corp. juga diberi tanggungjawab untuk menjalankan Sukan antara syarikat-syarikat dalam program GEMS yang berjalan selama 2 bulan ini. Terdapat 8 syarikat yang mengambil bahagian. Antara sukan yang di pertandingkan ialah bola sepak pantai, bola tampar pantai, karom, ping pong dan chess.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment